Wednesday, 12 March 2014

..... happy day.... happy mood.... happy working.....

MUZIUM SARAWAK

Muzim Sarawak

SARAWAK MUSEUM
Lokasi: Kuching

Muzium Sarawak,terletak di kedua-dua belah Jalan Tun Abang Haji Openg, adalah antara muzium yang mempunyai koleksi-koleksi terbaik di rantau Asia Tenggara. Bahagian sayap lamanya, dibuka pada tahun 1891, mempunyai rekabentuk ala town-house Normandy. Di sini terdapat antara koleksi otnografik yang agak luar biasa, beberapa paparan sejarah tempatan dan satu seksyen yang mempamerkan sejarah industri minyak di negeri ini. Pameran kayu ukir tradisional yang menakjubkan juga terdapat di tingkat satu. Sayap baru yang merentasi jejantas pula digunakan untuk acara-acara serta pameran tertentu. Sebuah Akuarium, Taman Botani dan “Heroes’ Memorial” juga terletak di dalam perkarangan muzium ini. 
















so, kalau tidak puas tengok gambar muzium sarawak..... silakan datang ke sarawak...... kalau nak datang ke sarawak hanya ada 3 sahaja pilihan iaitu menggunakan kapal laut tudm or kapal selam tapi tidak boleh menyelam, guna kapal mas tulen or air asia yang sejuk atau tunggu dah pencen sampai umur 60 tahun...... hahahaha.......

well......  kami mengalukan kedatangan anda ke sarawak.... jangan malu - malu... kalau nak ke sarawak sila bawa duit lebih untuk beli kuih lapis sarawak......

pintu airport sentiasa terbuka bagi yang ingin datang ke sarawak.... hoi, pasport jangan lupa bawa ya..... kalau tidak ada passport nanti anda kami anggap anda pendatang tanpa izin yang boleh dijadikan makanan buaya... sorry, gurau je, buaya suka makan ayam kfc..... hahahahahaha.........

ok, ini saja.... saya nak mandi kejap.... kat shah alam tak ada air........

No comments:

Post a Comment